Jenis Wanita Dalam Percintaan
Wednesday, 16 October 2013 • 07:59 • 0 comments

Tidak semua wanita adalah sama, ini mungkin disebabkan faktor pergaulan dan suasana ketika membesar. Contoh lah, kalau seseorang wanita itu membesar dalam suasana sederhana dan persekitaran yang terlalu sosial seperti kawasan yang didiami mat rempit, tak mustahil wanita itu adalah minah rempit. Haha. Agak sensitif isu kali ini. Dalam isu ini, hanya 4 jenis wanita yang akan saya ketengahkan.


1 - Materialistik
Inilah yang paling ingin saya tekankan, ramai yang tahu mengenai wanita jenis ini. Mereka lebih berminat dengan lelaki yang mempunyai harta, ada kereta, duit dan secara ringkasnya, mampu menyara mereka. Sebenarnya wanita jenis ini bukanlah jahat seperti yang disangkakan, tapi disebabkan faktor-faktor seperti sejarah lama dan pergaulan dengan rakan. Mungkin dulu mereka pernah hidup susah ataupun cemburu tengok kawan-kawan lain ada teman lelaki yang kaya. Lagi satu, mungkin mereka mempunyai latar belakang dari keluarga kaya dan pengaruh sosial yang menyebabkan mereka inginkan lelaki yang setaraf dengan mereka.

2 - Egoistik
Wanita jenis ini adalah wanita yang mempunyai sifat yang ego dan mempunyai sedikit sifat "queen control". Mereka tidak suka jika teman lelaki mereka mengawal mereka dan jika teman lelaki mereka tengok handphone mereka. Mereka lebih suka jika mereka yang mengawal situasi. Selain itu, mereka selalu rasa apa yang mereka cakap adalah betul kerana mereka tidak akan berdiri dan mengatakan yang mereka betul. Jika mereka bertanya yang masakan mereka sedap atau tidak, cara yang terbaik supaya tak menyakitkan hati mereka adalah cakap sedap walaupun tidak. Sebab cara wanita menunjukkan kasih-sayang mereka yang paling penting adalah melalui makanan.

3 - Penyayang dan setia
Wanita jenis ini mudah didampingi dan seorang yang mudah cair dengan kata-kata teman lelaki mereka. Mereka mudah tersentuh dengan apa-apa perkara yang kecil seperti kucing nak beranak ataupun teman lelaki mereka tidak menghubungi mereka tanpa memberitahu sebab. Mereka tidak kisah jika diri mereka diabaikan oleh teman lelaki mereka, yang penting mereka setia dan tahu yang teman lelaki mereka menyayangi mereka.



4 - Keliru dengan diri sendiri
Wanita jenis ini pula adalah yang paling susah difahami. Mereka sendiri tidak tahu apa yang diinginkan oleh diri mereka. Walaupun mereka sudah ada teman lelaki, tapi jika ada lelaki lain yang hadir dalam hidup mereka dan menawan hati mereka, mereka mudah untuk jatuh cinta. Mereka tidak dapat membuat keputusan yang tepat dan selalunya yang menjadi mangsa adalah teman lelaki mereka. Mungkin mereka akan menyebabkan teman lelaki mereka tergantung. Mereka kerap memikirkan apakah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka sedangkan jalan yang mudah adalah lupakan lelaki lain dan terus setia dengan teman lelaki mereka. Lebih mudah dikatakan, wanita jenis ini kurang setia dengan perhubungan mereka.

5-Manja
Wanita sememangnya dikenali dengan sifat kemanjaan mereka. Ini tidap dapat dinafikan. Justeru,lelaki kna banyak bersabar apabia melayani kemanjaan wanita. Ada setengah manja mereka manja yang ada maksud tersirat. Paham-paham jelah kan. Tetapi ini juga bahaya kerana,ada sesetengah lelaki yang tidak sukakan wanita yang terlebih manja. Jadi para wanita sekaian, kawal lah sifat manja anda sekalian :) Kita boleh bermanja,tapi jangan lah berlebihan dan dapat menimbukan maksiat.

OLDNEW
This owner ♥
Thank for coming


Welcome


Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)Change it
Mood : I'm Bored -.-
Status : Me know me cute :p
[Change with your own words]

Chating here ♥
Leave your footprint here

Put your cbox

Awesome people ♥
Thank for following me

Put your Followers widget
Credits ♥
Don't ever remove the credit

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Your Name

Remember!!dont remove this section!!